AMMAN 2 Julai – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan pertempuran di selatan Syria telah memaksa lebih 270,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing. Jurucakap PBB bagi Pelarian (UNHCR), Mohammad Hawari berkata, badan dunia itu menjangka pelarian di selatan Syria akan bertambah kepada 200,000 namun kini telah menjangkau kepada 270,000. Tentera kerajaan Syria telah melancarkan serangan udara dan bom tong hampir dua minggu dalam usaha menguasai kawasan yang dimiliki kumpulan penentang di selatan wilayah Daraa. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya