KUALA LUMPUR 10 Julai – Pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat sewajarnya tidak berunsur politik walaupun manifesto Pakatan Harapan menyatakan bahawa jawatan tersebut akan dipastikan dilantik dalam kalangan ahli Parlimen. Hal demikian ini kerana menurut bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, Yang Dipertua Dewan Rakyat mestilah seorang yang bebas dan tidak mewakili mana-mana parti. Jelas beliau, seseorang yang dilantik memegang jawatan tersebut juga perlu memahami Perlembagaan, undang-undang dan dihormati oleh seluruh ahli Dewan Rakyat. “Parlimen merupakan cabang ketiga dalam kerajaan dan memerlukan proses reformasi. Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti faham…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya