KUALA LUMPUR 22 Julai – Pelan Wilayah Kuala Lumpur 2020-2040 akan dirangka pada akhir tahun depan dalam usaha menjadikan ibu negara ke arah sebuah bandar raya bertaraf dunia. Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, pelan tersebut perlu bagi meneruskan perancangan pembangunan ibu kota, mengatasi kesesakan lalu lintas dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan warga kota. “Pelan ini sepatutnya digazetkan lebih awal iaitu pada 2015, namun ia telah ditangguhkan. Hanya pelan struktur (Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020) yang diwartakan sebelum ini. “Apabila pelan tempatan (Pelan Wilayah Kuala Lumpur 2020) tidak diwartakan, maka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya