ALOR SETAR 11 Julai – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri mengenalpasti ketum antara punca pelajar di negeri ini terjebak dengan penagihan dadah sekali gus mencetuskan kebimbangan ketika ini. Pengarahnya, Mahadzir Elias berkata, berbanding negeri-negeri lain trend penagihan mungkin bermula dengan rokok sebaliknya penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah di Kedah disebabkan kecenderungan terhadap ketum kerana ia mudah didapati. “Di negeri-negeri utara seperti Perlis dan Kedah, ketum mudah didapati daripada peniaga dan orang perseorangan. “Jadi ruang penyalahgunaan ketum terutama seawal sembilan tahun adalah tinggi. Bila mereka mengambil ketum dari usia muda,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya