KUALA LUMPUR 30 Julai – Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) akan melakukan pemutihan ahli bagi memastikan anasir-anasir negatif yang mencemarkan imej persatuan tersebut dibanteras sepenuhnya. Pengasas awal Pekida, Datuk Seri Zaienal Abidin berkata, pihaknya sedang merancang pelan terbaik untuk memastikan pemutihan itu berjalan lancar sekaligus mengembalikan imej Pekida yang dikenali dengan perjuangan menjaga agama, bangsa dan negara. “Kita akan membincangkan perkara ini dalam majlis Bersatu Bersama Kepemimpinan…










