Pekerman mual ‘lakonan’ England - Utusan Malaysia

Pekerman mual ‘lakonan’ England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Jurulatih Colombia, Jose Pekerman mengakui berang dengan tindakan pemain-pemain England yang sering merebahkan badan dengan se­ngaja pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia di Stadium Spartak awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Colombia tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada waktu sebenar perlawanan.

England dilihat hampir pasti melangkah ke suku akhir apabila mendahului 1-0 sehingga minit ke-90 menerusi Harry Kane, namun pemain pertahanan Colombia, Yerry Mina menanduk masuk gol penyamaan pada waktu kecederaan, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

“Pemain-pemain England sering merebahkan badan dengan sengaja apabila berada dalam kotak penalti. Bagi saya, sikap seperti ini tidak perlu wujud dalam sukan bola sepak kerana ia membawa kesan negatif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami cuba untuk mempersembahkan perlawanan yang seimbang, namun sikap yang ditunjukkan pemain England jelas mengganggu rentak permainan. Saya harap ia tidak berlaku lagi pada masa hadapan,” kata Pekerman.

Justeru, beliau menggesa semua pihak agar tidak memandang remeh perkara tersebut serta mempertahankan keunikan bola sepak daripada gejala-gejala seperti itu.

“Saya fikir kita semua perlu mempertahankan bola sepak daripada terjebak dengan situasi seperti ini. Amat tidak selesa bermain dalam keadaan begitu, lebih-lebih lagi dipe­ngaruhi keputusan pengadil perlawanan,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN