MOSCOW – Jurulatih Colombia, Jose Pekerman mengakui berang dengan tindakan pemain-pemain England yang sering merebahkan badan dengan sengaja pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia di Stadium Spartak awal pagi semalam. Pada perlawanan tersebut, Colombia tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada waktu sebenar perlawanan. England dilihat hampir pasti melangkah ke suku akhir apabila mendahului 1-0 sehingga minit ke-90 menerusi Harry Kane, namun pemain pertahanan Colombia, Yerry Mina menanduk masuk gol penyamaan pada waktu kecederaan, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan. “Pemain-pemain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya