KUALA LUMPUR 24 Julai – Selain mendakwa pernah disuruh oleh pegawai penjara untuk mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, seorang penganggur memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang dia turut didatangi beberapa peguam untuk tujuan yang sama. S. Nimalan, 25, yang merupakan tertuduh keenam dalam kes tersebut ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, mendakwa beberapa peguam tersebut tidak mengeluarkan kata-kata…










