PUTRAJAYA – Tempoh tahanan reman seorang bekas pegawai khas kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambung dua hari lagi bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak. Perintah sambungan reman ke atas lelaki berpangkat Datuk itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim sehingga Ahad ini selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Terdahulu, lelaki berusia 44 tahun itu yang diwakili peguam Ridha Abdah Subri tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10.50 pagi dengan tangan bergari dan baju lokap SPRM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya