MUKAH 5 Julai – Penduduk di Kampung Penipah di sini, terkejut dengan penemuan seekor paus seberat kira-kira 3 tan di perairan Kuala Penipah pagi ini. Menurut sumber, mamalia sepanjangnya kira-kira lima meter itu dipercayai tersangkut pada pukat sekitar pukul 8.30 pagi. “Ikan paus itu kemudian ditunda ke darat oleh nelayan tempatan. “Mereka mengambil masa kira-kira dua jam untuk menunda ikan paus dipercayai spesis ‘Rhincodon Typus’. “Setakat ini, pihak berkuasa sudah dimaklumkan mengenai penemuan ikan paus berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya