Pasukan bola sepak Korea Selatan dibaling telur, bantal - Utusan Malaysia

Pasukan bola sepak Korea Selatan dibaling telur, bantal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL – Pasukan bola sepak Korea Selatan terkejut apabila sekumpulan penyokong membaling telur dan bantal ke arah mereka sebaik pulang ke tanah air selepas tewas dalam perlawanan Piala Dunia 2018 di Rusia baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejadian berlaku sewaktu sesi rakaman gambar menyambut kepulangan anggota pasukan bola sepak dengan pengurus mereka, Shin Tae-yong di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dekat sini, Jumaat lalu.

Beberapa penyokong secara tiba-tiba melempar telur dan bantal, namun penyerang sensasi, Son Heung-min dan pemain pasukan Korea Selatan disahkan tidak terkena serangan itu. Beberapa pengawal keselamatan terpaksa campur tangan untuk meredakan suasana tegang itu.

“Saya tidak mahu kembali sehingga bulan Julai. Ini sangat mengecewakan apabila terpaksa pulang lebih awal. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong. Tanpa sokongan anda, kami tidak akan mencipta keajaiban ini,” kata Tae-yong.

Pasukan Korea Selatan bersaing dalam Kumpulan F dan berjaya mengalahkan Jerman dengan keputusan 2-0 pada Rabu lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN