KUALA LUMPUR 26 Julai – Pas melahirkan kebimbangan bahawa dasar-dasar ekonomi yang lebih liberal akan diperkenalkan selepas kerajaan akan melaksanakan penelitian semula terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Model Ekonomi Baru (MEB). Sehubungan itu, jelas Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan, Pas menuntut jaminan daripada kerajaan Persekutuan supaya penelitian terhadap dasar-dasar itu tidak mengetepikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera. “Asas tuntutan ini dikemukakan kerana bimbang polisi ekonomi yang lebih liberal akan diperkenalkan…









