KUALA LUMPUR- Kutipan Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) mencecah hampir RM162 juta setakat pukul 3 petang kelmarin selepas dilancarkan sejak 30 Mei lalu. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, penderma yang menghulurkan sumbangan terdiri daripada individu perseorangan dan syarikat berbilang kaum dari dalam serta luar negara. “Setakat ini sebanyak 289,002 orang penderma telah direkodkan dan daripada jumlah itu kira-kira 189,087 melakukan sumbangan menerusi transaksi secara dalam talian. “Mengikut…










