Parlimen: Daftar pengundi automatik dan had umur kelayakan sedang dikaji - Utusan Malaysia

Parlimen: Daftar pengundi automatik dan had umur kelayakan sedang dikaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti cadangan dan akan menjalankan kajian lanjut berhubung pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik selain menurunkan had umur kelayakan mendaftar sebagai pemilih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Viu Keong berkata, cadangan itu diteliti kerana kedua-duanya akan melibatkan pindaan kepada undang-undang sedia ada, perubahan proses dan prosedur kerja urusan pendaftaran pemilih serta keperluan sistem dan peralatan untuk pelaksanaan sistem pendaftaran pemilih secara automatik.

“Kerajaan sentiasa terbuka untuk menerima cadangan-cadangan penambahbaikan daripada pelbagai pihak termasuklah cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik dan menurunkan had umur kelayakan mendaftar sebagai pemilih.

“SPR juga bertanggungjawab memastikan setiap cadangan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta menepati kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang melaksanakan sistem daftar pemilih secara automatik dan mengurangkan umur layak mengundi daripada umur 21 tahun ketika ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN