Parlimen: 3, 270 PATI ditahan dalam Ops Mega 3.0 - Utusan Malaysia

Parlimen: 3, 270 PATI ditahan dalam Ops Mega 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,270 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Mega 3.0 setakat semalam sejak operasi itu dilancarkan pada 1 Julai lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman berkata, sebanyak 64 majikan turut ditahan dalam operasi itu kerana menggaji atau melindungi PATI.

Beliau berkata, sebanyak 118,176 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen sejak 2016 sehingga Jun lepas menerusi 34,426 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan sepanjang tempoh itu.

“Seramai 3,293 majikan yang masih berdegil menggaji atau melindungi PATI turut ditahan sepanjang tempoh ini,” katanya bagi menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) yang ingin tahu langkah kerajaan menangani kebanjiran warga asing berdaftar dan tidak berdaftar. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN