KUALA LUMPUR – Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak menerima pengiktirafan sebagai agensi kerajaan pertama di peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menerima sijil sementara Rangka Kerja Bandar Raya Rendah Karbon (LCCF). Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, ia merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Green Navy 2018 – 2030 iaitu Pangkalan Rendah Karbon yang dimulakan pada akhir tahun 2016. “Setelah…










