PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) belum menerima sebarang rayuan daripada Persatuan Bola Sepak Negara Pahang (PBNP) berhubung pergantungan Lesen Kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selama dua tahun. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya berharap PBNP mengemukakan rayuan jika mahu membuat penampilan pada kejohanan berprestij Asia tersebut. “Saya difahamkan setakat ini, Pahang belum lagi menghantar surat rayuan. Jadi, kita tunggu sahajalah. Saya tidak pasti kerana mungkin mereka tidak…










