GUA MUSANG – Seorang peraih getah yang bernikah dengan seorang budak perempuan warga Thailand berusia 11 tahun pada bulan lalu dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,800 atas dua pertuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam. Hakim Mohd. Surbaineey Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Che Mohd. Karim Che Hamid, 41, selepas dia mengaku bersalah setelah kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan secara serentak. Bagi setiap pertuduhan…










