Orang ramai berpeluang saksikan pencerapan planet Marikh dan gerhana bulan - Utusan Malaysia

Orang ramai berpeluang saksikan pencerapan planet Marikh dan gerhana bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh dan planet Marikh dari lebih dekat melalui teleskop yang disediakan di pekarangan pintu masuk Planetarium Negara pada 27 dan 28 Julai ini.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MOSTI), beberapa buah teleskop disediakan khas bagi tujuan itu oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kelab-Kelab Falak dan Persatuan Stargazer pada kedua-dua hari berkenaan.

Pada 27 Julai ini bermula pukul 9 hingga 11.30 malam, program pencerapan planet Marikh akan dijalankan manakala gerhana bulan penuh pula diadakan pada 28 Julai bermula 1 pagi hingga 7 pagi.         

Siaran langsung melalui Facebook juga akan diadakan pada 28 Julai pukul 2 pagi bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat lintas langsung berkenaan fenomena itu.           

Menurut kenyataan itu, bagaimanapun, kenampakan kedua-dua fenomena berkenaan bergantung kepada keadaan cuaca. 

Orang ramai digalak hadir ke Planetarium Negara dan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena luar biasa ini.         

Untuk sebarang  pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22735484 atau laman web www.planetariumnegara.gov.my atau laman Facebook Planetarium Negara. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN