Nuri dan C-130 boleh digunakan sehingga 15 tahun lagi - Utusan Malaysia

Nuri dan C-130 boleh digunakan sehingga 15 tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG – Pengoperasian dua buah aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu pesawat C-130 dan helikopter Nuri boleh dilanjutkan sehingga 15 tahun lagi. 

Panglima TUDM,  Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, jangkaan tempoh itu adalah hasil penelitian terhadap faktor keupayaan, keselamatan dan keberkesanan kedua-dua aset tersebut meskipun telah berusia 20 hingga 40 tahun. 

Bagaimanapun, katanya, penambahbaikan dan penaiktarafan perlu dilakukan terutama pada rangka pesawat dan sistemnya bagi mengelakkan bebanan kos penyelenggaran pada masa depan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sememangnya dalam perancangan untuk memohon peruntukkan daripada kerajaan bagi tujuan penambahbaikan pada pesawat-pesawat ini.

“Jika mendapat pesawat baharu adalah lebih bagus namun kita harus melihat kepada kewangan kerajaan dan terpaksa melakukan sesuatu supaya menghadapi kehilangan keupayaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Terdahulu, beliau hadir istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Ulangtahun TUDM ke-60 di Pangkalan Udara TUDM Subang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN