SHAH ALAM 3 Julai – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengesahkan telah menghantar notis kekosongan kerusi DUN Sungai Kandis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memberi laluan Pilihan Raya Kecil (PRK). MAT SHUHAIMI SHAFIEI Penyerahan notis itu dimaklumkan Speaker DUN, Ng Suee Lim kepada pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya pada petang ini selepas pihaknya menerima sijil kematian daripada ahli keluarga Mat Shuhaimi Shafiei yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya, semalam. “Saya telah menerima sijil kematian daripada keluarga Allahyarham (Mat Shuhaimi) dan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Kandis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya