Notis kekosongan kerusi DUN Sungai Kandis diserah esok - Speaker - Utusan Malaysia

Notis kekosongan kerusi DUN Sungai Kandis diserah esok – Speaker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 2 Julai – Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok ekoran kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei akibat menghidap kanser limfoma, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
NG SUEE LIM
NG SUEE LIM

Perkara itu disahkan oleh Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim yang mana notis berkenaan akan dikemukakan kepada suruhanjaya itu selepas pihaknya menerima sijil kematian daripada keluarga Allahyarham Mat Shuhaimi.

“Notis kekosongan kerusi kita jangka akan diserahkan kepada SPR esok selepas menerima sijil kematian daripada pihak keluarga Allahyarham Mat Shuhaimi,” katanya dengan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada media hari ini.

Penyerahan notis itu bagi membolehkan SPR membuat tindakan selanjutnya untuk menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan DUN berkenaan.

Kerusi DUN Sungai Kandis ketika ini kosong setelah Mat Shuhaimi disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat menghidap kanser limfoma tahap empat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu, Mat Shuhaimi, 49, memenangi kerusi DUN Sungai Kandis dengan majoriti 12,480 undi menewaskan tiga pencabarnya iaitu Datuk Kamaruzzaman Johari daripada Barisan Nasional (BN), Mohd. Yusof Abdullah (Pas) dan Hanafiah Husin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Beliau memperoleh 23,998 undi manakala Kamaruzzaman (11,518 undi) manakala Mohd. Yusof dan Hanafiah masing-masing memperoleh 7,573 dan 76 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN