JERAI 4 Julai – Dengan rasa yang unik, sesetengah orang mungkin akan menganggap nira nipah sebagai minuman ‘eksotik’, namun bagi sebahagian yang lain, minuman berkhasiat itu sememangnya dicari-cari kerana sukar diperoleh di bandar-bandar besar selain ingin mengembalikan nostalgia terhadap kehidupan desa pada zaman dahulu. Kalau di utara tanah air, minuman itu lazimnya dijual di tepi jalan. Mereka yang mahu ‘nilai tambah’ ketika menikmati nira nipah boleh berkunjung ke Ladang Nira…










