MOSCOW 3 Julai – Kebanyakan akhbar memainkan tajuk utama, Neymar ‘memukau’ selepas persembahan hebatnya membantu Brazil melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2018 dengan menumpaskan Mexico 2-0 semalam. Begitupun, reaksi berlebihan yang ditunjukkan penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu ketika dikasari oleh pertahanan Mexico, Miguel Layun lebih mendapat perhatian peminat seluruh dunia. Akhbar Brazil, Globo dalam tajuk utamanya menulis ‘Neymar mempersona tetapi menjengkelkan seluruh dunia’, sambil menyifatkan tindakan pemain itu merosakkan ‘mood’ skuad Selecao. Pengendali Mexico, Juan Carlos Osorio turut mengkritik pemain berusia 26 tahun itu, sambil menganggap tindakan pengadil membenarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya