Nasihat Rais Yatim kepada Kabinet Pakatan Harapan - Utusan Malaysia

Nasihat Rais Yatim kepada Kabinet Pakatan Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Barisan anggota Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan supaya memberi tumpuan kepada usaha merealisasikan janji dalam manifesto pilihan raya dan mengelak daripada menyalahkan kerajaan sebelum ini, kata Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu yang kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, dengan cara ini mereka dapat memberi tumpuan yang seimbang kepada setiap portfolio dalam sesebuah kementerian yang diterajui mereka.

“Tukang yang paling senang ialah tukang caci, jangan salahkan kerajaan terdahulu sebaliknya fokus untuk menunaikan janji dalam manifesto dan membangunkan kehidupan rakyat.

“Saya luahkan ini atas prinsip kerajaan sekarang menggalakkan (rakyat supaya) berani menegur, kalau dulu saya menegur, saya dibuang daripada UMNO, kini saya harap saya tidak dibuang mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Rais berkata, walaupun setakat ini kerajaan PH telah berjaya melaksanakan beberapa manifesto seperti penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), siasatan ke atas penyelewengan wang negara oleh pimpinan terdahulu dan penamatan dua tol namun masih ada manifesto penting yang belum dilaksanakan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN