Nama setiausaha akhbar belum dimuktamadkan - Utusan Malaysia

Nama setiausaha akhbar belum dimuktamadkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau kini dalam proses memuktamadkan pelantikan beberapa pegawainya dan meneliti resume yang diterima sejak minggu lepas. 

“Setakat ini belum ada pelantikan setiausaha akhbar saya secara rasmi,” katanya kepada pemberita yang menunggu di lobi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) setelah mendapat maklumat  sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Gay Malaysia  akan mengadakan perhimpunan aman di KBS membantah tindakan Syed Saddiq tidak mengaku melantik seorang aktivis gay sebagai pegawainya. 

Bagaimanapun, media yang menunggu seawal 8 pagi hingga 10.30 pagi mendapati kumpulan berkenaan tidak muncul dan hanya Syed Saddiq yang menemui media yang menunggu. 

Syed Saddiq berkata, siasatan sedang dijalankan di peringkat KBS bagi mencari pihak yang bertanggungjawab menyenaraikan nama Numan Afifi Saadan sebagai pegawai beliau sedangkan pelantikan secara rasmi belum dibuat. 

Senarai yang melibatkan nama Numan Afifi sebagai seorang daripada pegawai di pejabat Menteri Belia dan Sukan tular di media sosial baru-baru ini sehingga mendapat kecaman banyak pihak kerana individu berkenaan dikatakan terlibat dalam Big Gay Iftar  tahun lepas.

Sementara itu, Numan Afifi dalam akaun laman sosial Facebooknya hari ini berkata dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tugas di KBS dan setiausaha akhbar baharu akan dilantik secara rasmi dalam masa terdekat. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN