Najib sudah beri keterangan - Utusan Malaysia

Najib sudah beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) sudah dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung pelbagai barang miliknya yang dirampas dari kediaman beliau dengan nilai taksiran berjumlah RM900 juta sehingga RM1.1 bilion.

 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, Najib sudah dipanggil Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman baru-baru ini tetapi beliau tidak pasti tarikh dan masa sesi ke­terangan itu direkodkan.

Menurut beliau, keterangan bekas Perdana Menteri itu diperlukan bagi melengkapkan siasatan berkaitan wang tunai, barang kemas, beg tangan dan pelbagai barang mewah yang ditemui di beberapa kediaman miliknya itu.

“Ya, Najib sudah dipanggil tiga empat hari lalu (jika tidak silap) untuk memberi keterangan tetapi tidak pasti hari dan masanya.

“Buat masa ini, maklumat itu hanya ada pada Pengarah JSJK, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh,” katanya ketika sidang akhbar semalam selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN