Najib ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Najib ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta di sini sebentar tadi.

Penahanan tersebut dibuat kira-kira pukul 3 petang oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan beliau telah dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sekarang.

SPRM dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan tangkapan yang dibuat  terhadap Najib hari ini.

Kenyataan itu menyebut, bekas Perdana Menteri itu akan dituduh esok pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

Pada 22 Mei lalu, Najib hadir ke SPRM untuk memberikan keterangan berhubung siasatan skandal penyelewengan dalam SRC International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat 1MDB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN