Naim tolak 10 tawaran berlakon - Utusan Malaysia

Naim tolak 10 tawaran berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Pelakon dan penyanyi Naim Daniel tidak ralat apabila terpaksa menolak banyak tawaran berlakon oleh rumah produksi.

NAIM DANIEAL memilih untuk fokus pada dunia nyanyian.

Meskipun pada awalnya dia sedikit ralat apabila terpaksa mengecewakan ramai pengarah, dia tetap dengan keputusannya.

Menurut Naim, 21, dia kini mahu memfokuskan bidang nyanyian dan ternyata percubaan pertamanya menerusi single sulung, Sekali Lagi mendapat komen positif pendengar.

“Saya dah berada dalam industri 12 tahun. Lakonan adalah karier pertama saya dan ia tak semudah itu untuk dilepaskan. Sepuluh tawaran lakonan terpaksa saya tolak.

“Sebagai anak seni, saya perlu rasa pengorbanan sebegini. Ini sebahagian asam garam yang ditempuhi sebagai artis, memilih apa yang perlu pada masa yang tepat.

“Buat masa ini saya nak perlahankan dulu karier lakonan untuk memberi tumpuan kepada promosi single kedua berjudul Sempurna.

“Alhamdulillah, saya bersyukur bila ramai pendengar memberi maklum balas positif menerusi single pertama dan kini saya dah bersedia nak keluarkan single kedua Ogos ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN