Murung punca anak tikam ibu - Utusan Malaysia

Murung punca anak tikam ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT2 Julai – Perbuatan kejam seorang anak yang sanggup menikam ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di Kampung RTB Bukit Changgang di sini Jumaat lalu dipercayai berpunca daripada masalah kemurungan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, berdasarkan keterangan bapa suspek, remaja itu mempunyai masalah kemurungan sejak tahun lalu selepas gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Anak keenam daripada 10 adik beradik itu dipercayai tertekan kerana empat abangnya mempunyai kerja yang elok manakala adik-adiknya bersekolah di asrama penuh.

“Suspek juga sejak umur 13 tahun hanya belajar di sekolah tahfiz di Bukit Changgang sebelum berhenti pada tahun lalu untuk ambil SPM tetapi gagal dan sejak itu dia tidak bercakap di rumah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN