Sesuatu naskhah yang diminati sudah tentu ada sambungannya. Ironinya, ia juga ada titik penamat untuk penonton terima serta sedar sesuatu bingkisan cerita itu ada pengakhiran. Maka untuk naskhah yang diberi nama Hantu Kak Limah, salah seorang pelakonnya, Pekin Ibrahim mengandaikan ia mungkin yang terakhir bakal ditonton audiens. “Saya rasa cerita Hantu Kak Limah kali ini mungkin penutup kepada kisah hantu Kak Limah. Malah, saya menyifatkan filem berkenaan memberi nilai sentimental…










