Muhkriz menang tanpa bertanding jawatan Presiden KFA - Utusan Malaysia

Muhkriz menang tanpa bertanding jawatan Presiden KFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir menang tanpa bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi penggal 2018. 

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Pembangunan Usahawan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Mohd. Asmirul Anuar Aris berkata, Mukhriz menerima pencalonan terbanyak dan sekali gus menang tanpa bertanding setelah pencalonan bagi jawatankuasa persatuan itu ditutup. 

“Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Abd. Rahman Abdullah pula menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun katanya, keputusan penuh pemilihan bagi jawatankuasa baharu itu yang turut menyaksikan pertandingan lebih lima penjuru bagi jawatan naib presiden hanya akan diumumkan pada mesyuarat pemilihan pada Khamis depan. 

“Selepas itu daripada pengurusan baharu ini barulah kami akan buat penstrukturan semula KFA dengan menambah baik pengurusan persatuan,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN