KUALA LUMPUR 3 Julai – Peruncit perkakas rumah Mr. D.I.Y melancarkan platform e-dagang, mrdiy.com.my yang menawarkan lebih 20,000 produk. Ketua Pemasaran dan e-dagang Mr. D.I.Y, Andy Chin berkata, pelanggan boleh menikmati penghantaran percuma ke rumah mereka di Semenanjung Malaysia tanpa perbelanjaan minimum bagi setiap pesanan di bawah lima kilogram. Selain itu katanya, pelanggan juga boleh memilih perkhidmatan Mr. D.I.Y Ekspres di mana pembelian mereka akan dihantar dalam masa 24 jam dengan sejumlah bayaran dikenakan. “Portal ini akan dapat memenuhi kehendak pasaran yang bergantung kepada teknologi dan tidak berkesempatan untuk membeli-belah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya