KUANTAN 4 Julai – Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) hari ini bertindak tegas meruntuhkan sebuah bangunan gudang jualan barangan runcit berusia 16 tahun di Jalan Bukit Ubi di sini selepas menerima pelbagai aduan sejak 2013. Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian berkata, tindakan itu diambil mengikut Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. “Antara isu yang dibangkitkan pengadu adalah berkaitan aspek kesihatan, kacau ganggu bunyi bising, halangan…









