TATKALA mendapat jemputan untuk hadir pada sidang akhbar penyanyi bersuara emas dari Indonesia, Tulus, hati penulis berdendang gembira. Akhirnya, penyanyi ini menjejakkan kaki ke tanah Malaysia. TULUS Bersua bicara dengan penyanyi berusia 31 tahun ini, ruang lingkup perbualan kami lebih menjurus kepada perjalanan kerjaya seninya yang jelas mematangkan penyanyi lagu Manusia Kuat ini. Tidak mahu membuka mulut andai disoal tentang kehidupan peribadi, Tulus seboleh-bolehnya hanya mahu peminat mengenali dirinya menerusi…










