Mohd. Zawawi nafi lobi jadi calon PKR - Utusan Malaysia

Mohd. Zawawi nafi lobi jadi calon PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, 48, menafikan beliau melobi untuk menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos depan.

Beliau berkata, sebaliknya pemilihannya adalah berdasarkan sokongan akar umbi yang mahu dirinya bertanding dalam PRK.

“Bukan mudah untuk saya membuat keputusan ini berikutan mempunyai tanggungjawab sebagai pengetua maahad tahfiz.

“Namun, ada beberapa kepentingan parti akhirnya saya bersetuju untuk menerima pencalonan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program menyantuni dan menyemarakkan inisiatif peduli rakyat DUN Sungai Kandis di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan beberapa pihak berhubung melobi bagi merebut menjadi calon PKR bagi PRK DUN Sungai Kandis.

Mohd. Zawawi turut menolak dirinya merupakan calon kedua memandangkan terdapat beberapa individu lain turut menawarkan diri sebagai calon dalam PRK itu.

“Ini membuktikan bahawa PKR tidak ketandusan calon-calon yang layak untuk dipertaruhkan bagi mengekalkan kerusi DUN Sungai Kandis yang dimenangi sejak 2008.

“Berhubung kain rentang (yang menyokong Mohd. Zawawi sebagai calon) itu, saya tidak tahu siapa yang gantung,” jelasnya.

Mohd. Zawawi diumumkan sebagai calon PKR oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Majlis Pelancaran Jentera PRK DUN Sungai Kandis malam tadi.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan  penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma tahap empat di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 2 Julai lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN