KUANTAN – Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri mengambil alih tugas Timbalan Ketua Polis Pahang yang baharu menggantikan Datuk Jamaludin Kudin berikutan persaraannya pada 29 Jun lalu.
Mohd. Yusri, 48, yang juga merupakan Juruiring bekas Perdana Menteri, melapor diri pada 9 Julai lalu selepas mengambil alih tugas tersebut yang sebelum ini dipangku oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Assisten Komisioner Othman Nanyan.
Mohd. Yusri sebelum ini pernah menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Bentong pada 2011 dan mula berkhidmat pada 1991.
Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu pejabat Polis Kontijen negeri hari ini disaksikan Ketua Polis negeri, Datuk Seri Rosli Ab. Rahim.
Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Othman Nayan, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri, Senior Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh dan pegawai-pegawai kanan kontinjen polis Pahang. – K! ONLINE










