KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin yang rebah tiba-tiba ketika Perhimpunan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Putrajaya pagi tadi kini disahkan stabil. Perkara itu disahkah oleh Pengurusan Hospital Putrajaya (HPj) menerusi kenyataan yang dikeluarkan petang tadi. Menurut kenyataan itu, Hanifa kini sedang di rawat di hospital tersebut dan berada di bawah pemantauan pihak HPj sepanjang 24 jam. Beliau dijangka akan dibenarkan keluar daripada hospital berkenaan esok. – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya