KUALA LUMPUR 10 Julai – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang rebah secara tiba-tiba dalam Majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri semalam dibenarkan keluar dari hospital hari ini. Menurut kenyataan Hospital Putrajaya, Mohamed Hanipa akan menjalani rawatan susulan dengan pakar yang berkaitan selepas ini. “Timbalan Menteri didapati mengalami vaso vagal attack. “Beliau berada dalam keadaan sihat dan stabil tanpa sebarang gejala semasa berada di wad,” kata kenyataan itu hari ini. Kenyataan itu menjelaskan, siasatan yang dijalankan tidak menunjukkan sebarang keputusan abnormal yang akut. “Tekanan darah dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya