Model ekonomi Islam boleh tangani masalah agihan kekayaan - Utusan Malaysia

Model ekonomi Islam boleh tangani masalah agihan kekayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melaksanakan model ekonomi yang berasaskan prinsip Islam untuk menangani isu pengagihan kekayaan, kata Profesor Adjung di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Tan Sri Dr. Kamal Salih.

Beliau berkata, kerajaan perlu menilai dan menyesuaikan dasarnya mengikut keadaan yang sentiasa berubah.

“Saya telah melihat sistem alternatif ini sejak 10 tahun yang lalu kerana pasaran telah gagal menangani isu pengagihan kekayaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia bukanlah satu-satu negara yang terjejas kerana ketidaksamaan kini menjadi isu global,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan model ekonomi alternatif kepada Majlis Penasihat Kerajaan di sini hari ini.

Kamal berkata, model ekonomi ketika ini sebahagian besarnya berasaskan pasaran dan mempunyai pendekatan yang lebih liberal, sambil menambah bahawa model ekonomi Islam akan dapat menangani pertumbuhan dan ketidaksamaan pengagihan kekayaan, tetapi perlu diterima oleh orang Islam dan bukan Islam.

“Anda boleh mengumpul dan mengembangkan kekayaan di dunia ini sebanyak yang anda boleh tetapi anda juga mesti berkongsi sebahagian daripadanya dengan yang kurang bernasib baik,” katanya.

Menurut beliau, masih ada satu atau dua prinsip dalam model itu, termasuk pematuhan syariah yang perlu diselesaikan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN