MOA akan bawa isu penggunaan bubu naga ke Kabinet - Utusan Malaysia

MOA akan bawa isu penggunaan bubu naga ke Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANJUNG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mempertimbangkan untuk membawa kepada Kabinet isu penggunaan bubu naga yang semakin berleluasa di beberapa negeri  bagi memastikan masalah itu diselesaikan segera.

Menteri berkenaan, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan mengadakan perbincangan segera di peringkat kementerian, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Mereka ini (yang terlibat) tiada lesen dan mengancam mata pencarian nelayan, mungkin ada kartel atau kumpulan yang dilihat atau mengusahakan (aktiviti bubu naga) secara haram.

“Jika isu ini memerlukan tindakan yang lebih kukuh, maka saya akan membuat perbincangan di peringkat Kabinet sama ada ia memerlukan penglibatan Polis Marin dan Maritim Malaysia (APMM) untuk disepadukan supaya isu ini dapati diatasi dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Interaksi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Nelayan di Jeti Projek Pemasaran Ikan Dana Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan Manjung Utara di Pantai Remis dekat sini hari ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN