KAHERAH 20 Julai – Ahli arkeologi di Mesir baru-baru ini menemukan keranda batu granit hitam besar atau sarkofagus yang tidak disentuh selama lebih 2,000 tahun di sebuah tapak pembinaan di Iskandariah. Portal berita BBC melaporkan, keranda batu itu mengandungi tiga rangka manusia terendam dalam air kumbahan berwarna coklat yang mengeluarkan bau busuk. Kementerian Antikuiti Mesir telah mengarahkan anggota jawatankuasa arkeologi untuk membuka dan mengeluarkan keranda yang ditemukan di tapak pembinaan…










