KUALA LUMPUR 30 Jun – Interaktif, berpengetahuan dan menghiburkan. Itu yang dapat disimpulkan apabila berkunjung ke Petrosains di pusat beli-belah Suria KLCC, di sini. Galeri sains petroleum yang dibuka sejak 1999 itu menjadi daya tarikan hebat kepada orang ramai khususnya kanak-kanak dan pelajar sekolah untuk menerokai dunia sains dan teknologi secara lebih dekat dan mendalam. Berkunjung ke situ bagaikan memasuki pusat gedung yang dilengkapi pelbagai ruang pameran, alat-alatan dan bahan…










