KUALA LUMPUR 3 Julai – Pendirian kerajaan Pakatan Harapan dikesali apabila mereka gagal menunaikan janji untuk membubar dan menutup agensi Biro Tata Negara di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagaimana yang menjadi manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Naib Presiden MCA, Datin Chew Mei Fun berkata, dalam manifesto mereka yang ke-28, Pakatan Harapan berjanji akan membubarkan Jabatan itu yang dikatakan selama ini begitu aktif secara murahan menjadi ejen politik untuk parti UMNO.
“Tetapi apabila BTN dikatakan akan terus dikekalkan maka ini bermakna kerajaan Pakatan Harapan tidak ubahnya seperti kerajaan sebelum ini dah akan terus menggunakan acuan kata-kata yang sama, iaitu “Cina merupakan mereka yang kaya di negara ini dan orang Melayu yang miskin mesti ditolong atau dibantu”.
“Jadi apa yang mereka laung-laungkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang menjadi merupakan cetusan dari parti DAP selama ini tidak lebih hanya untuk membeli undi rakyat negara ini semasa kempen untuk PRU-14,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE










