PETALING JAYA 4 Julai – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuka kaunter bergerak EZ-Pay di beberapa lokasi bermula Ahad lalu sehingga 31 Julai.
Lokasi kaunter bergerak adalah di SD 2/1G (1 Julai – 8 Julai) , SD 12/1 (9 Julai – 15 Julai), SS 6 (16 Julai – 18 Julai) dan SS24 (19 Julai-22 Julai, PJU 8, Flora Damansara (23 Julai – 25 Julai) dan PJU 10, Damansara Damai (26 Julai-31 Julai).
Pembukaan kaunter bertujuan mengurangkan kesesakan di kaunter ibu pejabat terutama pada waktu puncak.
“Pembukaan kaunter berkenaan juga diharap dapat menggalakkan dan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk berurusan dengan MBPJ di lokasi berhampiran tempat tinggal mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, sempena musim pembayaran cukai penggal kedua pada bulan Julai dan Ogos, kaunter bayaran salinan bil cukai taksiran di Ibu Pejabat MBPJ serta Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara beroperasi setiap hari minggu.
Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web MBPJ www.mbpj.gov.my – UTUSAN ONLINE










