Mbappe makin sukar dihalang - Utusan Malaysia

Mbappe makin sukar dihalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOCHI – Bintang muda Perancis, Kylian Mbappe kini menjadi perhatian seluruh dunia apabila mempamerkan aksi memukau ketika membantu menumbangkan pemegang rekod Piala Dunia dua kali, Argentina pada pusingan 16 pasukan terbaik kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…
MBAPPE mempamerkan aksi yang cukup menakjubkan pada aksi menentang
MBAPPE mempamerkan aksi yang cukup menakjubkan pada aksi menentang Argentina apabila menyumbang dua gol untuk Perancis mencatat kemenangan 4-3 pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu ketika ini telah meledak dua gol dalam pertembungan tersebut, sekali gus membawa skuad Les Bleus ke suku akhir Piala Dunia 2018 melalui kemenangan 4-3.

Hasil jaringan tersebut, penyerang berusia 19 tahun itu muncul sebagai pemain remaja pertama yang meledak gol lebih daripada sekali di pentas Piala Dunia sejak legenda dunia, Pele melakukannya pada edisi 1958.

Rakan sepasukannya, Florian Thau­­­vin mengakui kelincahan Mbap­pe di atas padang berjaya membantu Perancis mencatat sejarah dengan menewaskan Argentina.

“Secara jujurnya kami duduk di bangku simpanan agak terkejut dengan prestasinya. Berlari sejauh 50 meter dan berjaya meraih sepakan penalti ia suatu yang sangat luar biasa.

“Dia (Mbappe) sangat luar biasa, mempunyai kualiti hebat dan dia beraksi bukan untuk individu tetapi menggunakan segala peluang demi kepentingan pasukan. Saya rasa perlawanan tersebut adalah yang terbaik,” katanya.

Perancis mengulangi pencapai­an mara ke pentas suku akhir di Brazil dan akan bertemu Uruguay pada Jumaat ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN