MB ucap takziah kepada ibu bapa Adam Raykal - Utusan Malaysia

MB ucap takziah kepada ibu bapa Adam Raykal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 4 Julai – Menteri Besar, Dr. Samsuri Mokhtar mengucapkan takziah kepada Mohd. Sufi Naeif Mohd. Fauzi dan isterinya, Farah Madiha Othman yang kematian anak mereka, Adam Raykal dalam keadaan sangat mengejutkan malam tadi.

 

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU TERHADAP TRAGEDI YANG MENIMPA ADIK ADAM RAIKAL. Seperti semua sedia maklum, berkenaan tragedi yang telah menimpa adik Adam Raikal yang ditemui di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves dan disorokkan di bahagian sejuk beku peti ais dirumah tersebut. Perkara ini amat mendukacitakan kita semua. Saya difahamkan ibubapa kepada Adam Raikal merupakan anak negeri Terengganu dan saya dimaklumkan bahawa jenazah Adam Raikal akan dibawa pulang ke Terengganu selepas urusan bedah siasat dijalankan. Saya mengambil kesempatan ini mewakili Kerajaan Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi dan isterinya Farah Madiha Othman atas kehilangan anak mereka. Diharapkan mereka dan keluarga bersabar atas ujian yang dihadapi kini. Saya juga mengharapkan siasatan menyeluruh dijalankan dan semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Terima kasih Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar Menteri Besar Terengganu

A post shared by Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (@drahmadsamsuri) on

Dalam kenyataan mewakili kerajaan negeri, beliau yang turut berdukacita dengan tragedi yang berlaku mengharapkan mereka sekeluarga tetap tabah meskipun berdepan dan melalui dugaan amat berat.

“Saya difahamkan ibu bapa kepada Adam Raykal merupakan anak negeri dan difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke Terengganu selepas urusan bedah siasat dijalankan.

“Saya mengambil kesempatan ini mewakili kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada kepada Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi dan isterinya, Farah Madiha Othman atas kehilangan anak mereka,” ujarnya dalam status yang dimuatnaik di laman sosial Instagram.

Beliau mengharapkan siasatan menyeluruh dijalankan dan mendoakan agar kejadian seperti ini tidak  lagi berulang pada masa akan datang.

Adam Rayqal, 5 bulan ditemukan mati di rumah pengasuhnya di kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor dengan mayatnya tersorok dalam ruang sejuk beku peti ais di rumah tersebut.

 Jenazah bayi itu difahamkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN