BESUT 26 Julai – Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam kira-kira 7 batu nautika daripada selatan Pulau Perhentian Isnin lalu, ditemukan kira-kira pukul 10.15 pagi tadi. Mayat Mohd. Shairil Ibrahim, 35, dari Kampung Telaga Papan, Pasir Putih ditemukan terapung kira-kira 1 batu nautika daripada tempat mangsa dilaporkan lemas. Pengarah Operasi Wilayah Timur, Kapten Maritim V. Pannir Selvan berkata, mayat mangsa ditemukan oleh seorang nelayan yang turut membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa. “Mayat mangsa tiba di jeti Kuala Besut pukul 3 petang tadi sebelum diserahkan kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya