ALOR SETAR 6 Julai – Satu mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di kawasan air terjun Puteri Mandi di Titi Hayun, Yan di sini hari ini. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan satu mayat lelaki di kawasan air terjun berkenaan pada kira-kira pukul 11.30 pagi. “Lima anggota ‘Light Fire Rescue Tender’ (LFRT) daripada…










