JOHOR BAHRU 7 Julai – Seorang lelaki terkejut apabila menemukan mayat yang ditanam separuh badan di kebun durian di Bandar Baru Kangkar Pulai, dekat sini kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, siasatan awal mendapati mayat dipercayai seorang lelaki ditanam separuh badan dalam tanah dan sudah mula mereput apabila bahagian muka bertukar menjadi hitam. “Mayat lelaki itu ditemukan oleh seorang lelaki dan ditanam di kebun durian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari jalan besar. Setelah digali, didapati mayat itu berpakaian lengkap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya